Followers

tuanTAnAH

tuanTAnAH
miss maya anis. simple person simple behavior simple wearing and will be simple frz to u!

Wednesday, 16 May 2012

darah tinggi a.k.a Hypertension

assalamualaikum..
dah lama xupdate pasal penyakit an..
last update pon yang ni..

so hari ni..mai kite bercerita pasal pnyakit darah tinggi..tapi skrg smua dah familiar dengan hypertension dah..
makcik2 kat hspital xde dah pggil darah tinggi taww..
smua duk pakat panggil hypertension..
kelass kau jahh...!!

dah2..malas nak merepek panjang..



 

hypertension merupakan tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik 
Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi..

bacaan normal ialah 
sistolik= 90-140mmHg
diastolik= 60-90mmHg

 lebih daripada bacaan itu adalah Hypertension.

Jenis-jenis Darah Tinggi
Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.



Hipertensi Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain.
     
     
     
     
    Komplikasi-komplikasi
    Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
    • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
    • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
    • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
    • Kerosakan ginjal
    • Kerosakan mata
       
       
       
    Gejala
    Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
    • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
    • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
    • Tercungap-cungap
    • Pandangan yang Kabur
    • Pendarahan di hidung yang sering berulang
    • Sakit kepala yang berterusan
    • Pening
       
       
       
       
       
    Rawatan
    Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.



    Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
    • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
    • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
    • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
    • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
    • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna
       
       
       
    Elakkan
    • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
    • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
    • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
    • Merokok
    • Minuman beralkohol
    • Kekurangan senaman
    • Kerisauan
    • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan