Followers

tuanTAnAH

tuanTAnAH
miss maya anis. simple person simple behavior simple wearing and will be simple frz to u!

Friday, 15 July 2011

~mari mengenali bahaya rokok~

assalamualaikum..
entry ni dah lama dah terpikir nk buat tapi nynyuk punye pasal..hari ni baru buat..
kesinambungan dr entry pil kuda ..

rokok...rokok..
satu dunia taw..

trdapat 3 golongan yg mgambil rokok:


  1. dewasa
  2. belia
  3. orang tua
ape bez nyer rokok??

  • nmpak gagah berani
  • nk jd gangster..
  • hilangkan kebosanan...
kalau perempuan ambik??

betapa senokkkk nyer hang!

straight to the point...tahukah anda???(discovery channell...bersama maya anis)
setiap satu batang rokok yang dinyalakan...akan mengeluarkan lebihhhhhhh 4000 bhn kimia beracun..
nama pom beracun..haruslaaa mmbawa maut ... yg nk mati ..xpyah bunuh diri mnum racun just hisap rokok jer...

tahu kandungan rokok??
  1. acetone - bahan yg digunakan dalam cat...
  2. polonium-201 -bhn radioaktif...
  3. ammonia-pencuci lantai...nanti kalu mak-mak korang duk cuci lantai try laaa sekali amik minum k..
  4. naphthalene-ubat gegat
  5. DDT-racun serangga..ishhhh serangga pom mati..manusai cmner ekkk???
  6. arsenic-racun anai-anai..nampak sgt mnusia gagah perkasa
  7. hydrogen cyanide-gas yg digunakan bg mreka mnjalani hukuman mati 
alaaaa....sebenarnya..kandungan kat ats tu smpingan jer...
dah bahaya kan???

kandungan utama rokok :
 TarNikotin dan Karbon Monoksida.

tar:mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
patut laaa kan..perokok mgalami kanser paru-paru..

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
xtakut ekk....heran laaaa....
nantikan entry seterusya kesan merokok..bukan kpd perokok tetapi kpada org disekelilinya...
p/s:menciiiiiii org isap rokok..





No comments: