Followers

tuanTAnAH

tuanTAnAH
miss maya anis. simple person simple behavior simple wearing and will be simple frz to u!

Friday 24 June 2011

~latar belakang dan kematian Micheal Jackson~

assalamualaikum:)
second round credits to mj..


latar belakang :

Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5.


 Beliau mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There,


 pada tahun1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[8] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller

 yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[9] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), danInvincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[10]


 dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[11] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[12] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoopersendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di katilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.
Pada 21 November 2008, akhbar tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Jackson yang memeluk Islam di Los Angeles iaitu di rumahSteve Porcaro


 bersama-sama dengan bintang muzik British, Cat Stevens (kini Yusuf Islam)


, serta menukar namanya kepada 'Mikaeel'; walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi oleh Jackson sendiri yang mengesahkannya.[13][14][15][16][17][18][19] Beberapa sumber lain pula berpendapat beliau sudah pun memeluk Islam lebih awal pada tahun 2007 apabila abangnya Jermaine mengatakan beliau akan memeluk Islam.[20][21]


kematian :)

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[22] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatanCPR cuba dilakukan serta-merta.[23] Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[24]Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[23] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[25] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya

Michael Jackson

Michael Jackson di White House pada 14 Mei1984.
Latar belakang
Nama lahirMichael Joseph Jackson
Nama lainMichael Joe Jackson
Lahir29 Ogos 1958
AsalBendera Amerika Syarikat GaryIndianaAmerika Syarikat
Mati25 Jun 2009 (umur 50)
Bendera Amerika Syarikat Los AngelesCalifornia,Amerika Syarikat
GenreR&Bpoprock, soul [1]
PekerjaanSinger-songwriter
Penerbit rekod
Penyusun muzik
Pelakon
Alat muzikPenyanyi
Piano
Dram
Keyboards
Gitar
Pelbagai alat
Tahun aktif1968–2009
LabelMotown
Epic
Sony
The Michael Jackson Company, Inc.
Kegiatan
berkait
The Jackson 5
Laman webmichaeljackson.com

No comments: