Followers

tuanTAnAH

tuanTAnAH
miss maya anis. simple person simple behavior simple wearing and will be simple frz to u!

Thursday, 2 June 2011

penghuni neraka

Daripada sebuah majalah : SO****I

Sabda Rasulullah s.a.w yg bermksud :
'Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman ,kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana,lalu mreka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka(steri atau anak perempuan mereka),berpakaian tetapi bertelanjang (nipis dan ketat). di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya meraka adalah wanita-wanita yang terlaknat'.(riwayat ahmad)

juga sabda Nabi s.a.w yg brmaksud:
'ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya itu. kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka guna untuk memukul orang(iaitu penguasa yang kejam). Dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang ,yang cenderung  kepada perbuatan maksiat,rambutnya sebesar bonggol unta. mereka ini tidak akan masuk syurga,dan tidak mencium bau syurga,padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.' (riwayat muslim)

umpama bonggol unta


daripada hadis ini, Rasulullah s.a.w memberi amaran mengenai dua golongan yang menghuni neraka,dan salah satu daripadanya ialah wanita yang mendedahkan aurat. mereka berpakaian tetapi seolah-seolah bertelanjang dek pakaian yang disarung amat nipis,ketat dan sendat. pakaian yang menampakkan lekuk dan bentuk tubuh.


malah,rambut wanita yang disifatkan oleh junjungan mulia itu sebagai sebesar bonggol unta sedang berlaku secara luas dan digayakan tanpa rasa bersalah.


segalanya bermula daripada daya tarikan inginkan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika keluar bergelandangan dalam masyarakat. walaupun sudah mengenakan tutup kepala,tetapi hakikatnya mereka masih ingin mempamerkan keindahan dengan meninggikan ikatan sanggul di kepala. dikatakan,gaya demikian  dapat menjadikan si pemakai kelihatan lebih anggun dan menawan.


lebih malang lg, ada yang tidak memiliki rambut panjang ,sanggup memakai sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. tanpa disedari, dua kesalahan telah dilakukan. dosa memakai rambut palsu walaupun tersorok di sebalik tudung yang dikenakan dan kedua,dosa tabarruj (berhias dan mempamerkan kecantikkan serta keindahan yang bukan mahram) yang amat dilarang.
tidakkah timbul rasa gerun dan gentar dihati para muslimah bilamana Rasulullah menyatakan golongan yang melakukan dosa seumpama ini sebagai PENGHUNI NERAKA?
nauzubillah...

No comments: